Sekali lagi mengejutkan pasaran dan menambah keterujaan para pelabur, harga emas berjaya memecah rekod terbaru tertinggi sepanjang masa (all-time high) pada pagi ini.
Dengan ketidaktentuan pasaran selain faktor penyusutan US dolar, tarikan emas dilihat semakin meningkat sejak minggu lalu.
Selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) memberi kesan penyusutan ke atas US dolar, harga emas beransur-ansur mendaki ke paras lebih tinggi dan akhirnya berjaya mencabar rekod yang dicapai pada April lalu.
Memerhatikan pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas telah membuat kenaikan sehingga ke penghujung minggu lalu mencapai ketinggian sekitar 2420.00.
Harga kekal bergerak dalam trend bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Corak kenaikan harga diteruskan pada pembukaan sesi pertama awal minggu ini dan terus memperlihatkan zon 2430.00 ditembusi.
Rekod ketinggi terbaru emas adalah 2450.00 sehingga setakat dagangan sesi Eropah petang ini.
Tidak mustahil untuk kenaikan harga diteruskan lagi selepas ini jika momentum minggu lalu berjaya dikekalkan.
Mungkinkah harga mampu untuk capai sehingga ke paras 2500.00?
Namun waspada sekiranya harga mula susut di bawah zon 2430.00 yang merisikokan kejatuhan ketara harga semula.
Jika penjualan besar-besaran emas berlaku, harga boleh menjunam semula sehingga menuju 2300.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG