Dagangan emas kembali cetuskan semula keterujaan para pelabur apabila harga kembali mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sekitar $2,685 semalam.
Selepas menyaksikan penurunan nilai pada minggu sebelum ini, logam kuning itu kembali paparkan peningkatan semula menunjukkan tarikan terhadap aset selamat yang kekal tinggi.
Pelabur masih memantau situasi perang Iran-Israel dan rancangan stimulus ekonomi China yang boleh mempengaruhi pergerakan harga emas semasa dalam pasaran.
Memerhatikan pergerakan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah paparkan kenaikan 3 hari berturut-turut dengan kenaikan pada Rabu semalam menyentuh kembali paras ketinggian 2685.00 sebelum berundur semula.
Kenaikan harga emas tidak berjaya memecahkan rekod terbaru sebelum susut ke sekitar 2670.00 di sesi New York semalam.
Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu masih menunjukkan isyarat untuk trend bullish buat emas.
Dagangan pada sesi Asia dan Eropah hari ini dilihat masih menunjukkan cubaan untuk memecah rekod terbaru yang berlegar-legar di paras ATH sebelum ini.
Pelabur sedang bersedia untuk menyaksikan rekod sejarah baru tercipta lagi buat emas berkemungkinan dengan kenaikan harga pada sesi-sesi berikutnya.
Paras 2700.00 menjadi sasaran terhampir yang dijangkakan penganalisis.
Namun, akan menjadi isyarat berisiko sekiranya harga mula beransur turun di bawah paras 2670.00 untuk bermulanya corak penurunan.
Jika jelas petunjuk yang memberi tekanan terhadap dagangan emas, harga boleh jatuh semula menuju ke zon 2600.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG