Emas didagangkan stabil di zon tertingginya yang dilihat tidak mengalami kejatuhan ketara ketika suasana pasaran tidak menentu dan berubah-ubah dari minggu ke minggu.
Faktor sentimen pasaran dengan tumpuan pada isu perang Iran-Israel masih menjadi pemacu buat logam kuning itu sebagai aset safe-haven yang mendapat permintaan dalam suasana pasaran berisiko.
Namun kenaikan harga agak terhad berikutan mata wang US dolar juga masih mengekalkan pengukuhan nilai yang turut disokong oleh beberapa bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.
Meninjau pergerakan semasa harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat kenaikan berjaya dipamerkan pada sesi New York semalam.
Pada mulanya harga susut ke sekitar 2640.00 sebelum mula meningkat sederhana sebelum akhirnya menutup dagangan penghujung sesi itu pada 2655.00.
Walaupun perlahan, namun corak kenaikan harga emas itu diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) selepas harga dilihat telah berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sebagai isyarat awal pergerakan bullish.
Menyambung pembukaan sesi Eropah, harga dilihat menghampiri paras 2670.00 yang merupakan zon rintangan penting yang turut diuji pada Selasa lalu namun tidak berjaya ditembusi.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi rintangan itu, rekod paras tertinggi yang dicapai sebelum ini iaitu pada 2685.00 minggu lalu akan cuba untuk dicabar.
Seterusnya, rekod harga emas akan dipecahkan lagi jika situasi perang di Timur Tengah semakin meruncing. Sasaran sehingga paras 2700.00?
Namun, harga emas tetap berisiko untuk alami kejatuhan selepas gagal melepasi rintangan pada 2670.00.
Berkemungkinan laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini turut boleh menekan harga emas jatuh ke bawah.
Jika ketara kejatuhan harga berlaku, penurunan boleh mencecah sehingga ke zon 2600.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG