Dagangan emas masih meneruskan corak kenaikan untuk hari ke 5 berturut-turut walaupun pelbagai halangan dan liku-liku yang ditempuhi harga.
Dengan sentimen pasaran semasa yang lebih memberi kesan ke atas US dolar berbanding emas, harga emas positif untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju penghujung minggu.
Cabaran berikutnya adalah laporan minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan di awal pagi Khamis esok yang bakal mengundang risiko ketidaktentuan pada pergerakan harga semasa.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya meneruskan kenaikan semalam sehingga menyentuh paras 2030.00.
Sebelum ini zon 2030.00 telah menjadi tumpuan dan beberapa kali memaparkan reaksi menarik apabila berada di sekitar tersebut.
Setelah berundur sedikit ke sekitar 2024.00 pada penutup sesi New York, harga menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu) dengan peningkatan semula.
Harga kekal berlegar-legar di sekitar zon 2030.00 dan masih menjadi isyarat bullish dengan pergerakan yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Walaupun sedikit berundur di sesi Eropah, namun kenaikan harga dijangka masih akan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya yang melepasi zon 2030.00 tersebut.
Sasaran untuk dicapai seterusnya adalah pada sekitar 2050.00 atau lebih tinggi.
Namun risiko kejatuhan harga emas tetap ada dengan ketidaktentuan menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang berpotensi memberi sokongan untuk US dolar dan tekanan kepada emas.
Harga yang turun bergerak di bawah sokongan MA50 menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.
Penurunan harga dijangka untuk mencecah kembali paras tumpuan pada 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG