Emas suram didagangkan pada pembukaan awal minggu semalam menyaksikan harga susut lebih rendah dari paras minggu lepas.
Situasi juga didorong oleh faktor pengukuhan US dolar selepas prestasi suram raja mata wang itu pada minggu sebelum ini.
Dengan pengukuhan US dolar semalam, harga emas turut terkesan jatuh apabila dibuka di bawah paras $2,030.
Dapat diperhatikan corak penurunan harga mula diperlihatkan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Penurunan terendah harian semalam menyaksikan harga telah mencecah sekitar 2012.00 sebelum menutup dagangan sesi New York berhampiran 2020.00.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini (Selasa) namun mula memaparkan kenaikan di sesi Eropah.
Kenaikan harga ke sekitar 2025.00 turut menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu yang boleh memberi isyarat awal untuk perubahan trend selanjutnya.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon 2030.00 bakal ditembusi untuk memaparkan pergerakan bullish buat harga emas.
Kenaikan yang diteruskan berkemungkinan mampu mengatasi paras minggu lalu untuk mencapai sasaran di paras tumpuan pada 2050.00.
Sebaliknya jika harga berundur turun semula, paras yang dicecah harga semalam boleh dilepasi untuk corak penurunan sebelumnya diteruskan lagi.
Sasaran terhampir adalah untuk harga menuju zon penting pada 2000.00 yang masih belum dicecah sejak 9 minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG