Dagangan emas menunjukkan pemulihan sederhana harga pada Rabu semalam setelah situasi pembukaan awal minggu yang mengecewakan.
Penyusutan semula US dolar semalam telah membuka sedikit ruang untuk emas ‘bernafas’ semula, namun suasana pasaran yang tidak menentu di penghujung November ini kekal membuatkan pelabur berhati-hati dengan risiko kejatuhan harga lebih lanjut.
Harga menunjukkan peningkatan positif pada sesi Asia semalam, namun beranjak ke sesi New York, harga kembali berundur turun semula.
Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pada Isnin lalu, pelabur dikejutkan dengan terjunan harga emas yang ketara dari ketinggian 2720.00 menghampiri paras 2600.00.
Ini sekaligus berbeza dengan corak yang dipaparkan pada minggu lalu ketika harga emas berjaya mengekalkan kenaikan sepanjang minggu.
Kemudiannya harga mendatar pada Selasa sebelum ada kenaikan yang dipaparkan pada sesi Asia semalam mencapai paras sekitar 2657.00 di sesi Eropah.
Harga susut semula di sesi berikutnya dan berlegar di sekitar 2630.00 pada dagangan yang bersambung pada awal hari ini (Khamis).
Sekiranya harga masih mencuba untuk membuat kenaikan, zon 2650.00 hingga 2670.00 akan menjadi rintangan yang perlu ditembusi seperti diuji semalam.
Sekiranya berjaya, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk mencapai semula ketinggian di awal minggu ketika harga memulakan terjunan.
Namun jika susut lebih rendah, 2600.00 dilihat sebagai support penting bakal diuji harga yang masih mengekang kejatuhan harga.
Jika harga menjunam jatuh di bawah zon penting itu, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan lebih parah emas menuju sehingga ke 2540.00 semula, paras yang dicecah pada pertengahan November.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG