Tumpuan para pelabur emas sepanjang minggu ini, akan tertumpu terhadap data-data ekonomi yang bakal dikeluarkan seperti PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM, yang dijangka menawarkan pandangan tentang keadaan sektor penting yang turut boleh pengaruhi pergerakan emas semasa.
Pelabur akan memantau dengan teliti laporan pekerjaan AS termasuk JOLTS, ADP dan NFP yang akan memberikan petunjuk tentang keadaan pasaran buruh kepada Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC September.
Angka-angka ini akan menjadi petunjuk penting untuk menilai keadaan ekonomi AS secara keseluruhan dan mungkin mempunyai kesan besar terhadap mood pasaran dan jangkaan untuk dasar Rizab Persekutuan.
Berdasarkan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat bergerak mendatar di bawah zon harga 2530.00 sepanjang minggu lalu.
Walaupun berlaku penurunan, harga emas masih kekal bertahan di atas zon 2500.00 ketika pelabur berhati-hati pada dagangan penutup Ogos.
Sekiranya harga emas paparkan corak kenaikan pada minggu ini, paras 2518.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon penting tersebut jika harga ingin meneruskan trend ‘bullish’.
Jika harga mampu melepasi paras tersebut, rintangan penting buat harga menanti pada paras 2530.00 yang merupakan rekod tertinggi sejarah yang telah dicapai.
Sebaliknya, jika situasi berubah menyaksikan kejatuhan semula harga emas, zon 2480.00-2470.00 dilihat akan menjadi kawasan tumpuan jika harga paparkan pergerakan trend ‘bearish’.
Untuk penurunan lanjut yang diteruskan melepasi zon tersebut, harga emas berisiko untuk jatuh mencecah hingga sekitar 2430.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG