Setelah paparkan prestasi suram dari awal minggu sehingga Rabu, komoditi emas mula memancarkan sinar pada dagangan menuju ke penghujung minggu.
Kenaikan harga emas mula tercetus pada sesi New York semalam selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru diterbitkan dengan reaksi pasaran yang agak bercampur.
Harga emas berjaya paparkan peningkatan menuju ke penghujung sesi New York itu dan meneruskan momentum pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Meneliti pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga ditekan hampiri paras 2600.00 ketika reaksi awal data inflasi AS diterbitkan semalam.
Namun, harga kemudiannya melantun naik semula untuk mengatasi paras dagangan pada Rabu yang lebih mendatar.
Kenaikan harga juga turut melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu yang memberi indikasi awal untuk perubahan trend bullish buat emas.
Selepas berjaya capai sekitar 2630.00 pada sesi penutup sesi New York, kenaikan harga telah diteruskan hari ini hingga ke paras ketinggian 2647.00.
Pergerakan harga mendatar seketika di sesi Eropah, namun dijangka bakal menyambung corak bullish pada sesi berikutnya.
Kenaikan harga emas diperhatikan untuk kembali menuju zon sasaran pada 2670.00 yang dilihat menjadi rintangan penting diuji minggu lalu.
Harga yang berjaya melonjak melepasi zon tersebut akan mengubah jangkaan buat emas dengan keyakinan pelabur untuk melihat rekod tertinggi terbaru tercatat lagi.
Namun, situasi sebaliknya boleh berlaku ekoran risiko pergerakan tak menentu pada dagangan di penghujung minggu.
Jika berlaku penurunan, paras 2600.00 menjadi kawasan ‘panas’ buat harga untuk terus diuji selepas harga menghampirinya semalam.
Junam lebih rendah ke bawah menjadi petunjuk untuk harga menyambung corak bearish yang dipaparkan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG