Situasi semasa pergerakan harga kurang disenangi pelabur emas apabila corak positif dari awal minggu sudah mula berubah.
Namun ini tidak menjadi kejutan berikutan pelabur sudah bersedia menjangkakan penurunan harga emas untuk berlaku setelah rekod tertinggi dalam sejarah berjaya dipecahkan lagi minggu ini.
US dolar juga kembali paparkan pemulihan pada dagangan Khamis semalam dan turut menekan harga emas untuk susut semula.
Diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menunjukkan penurunan semula selepas mencapai paras tertinggi pada 2483.00 Rabu lalu.
Pergerakan harga yang menunduk di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu semalam mencetus isyarat awal untuk pergerakan trend bearish bermula.
Harga menyambung penurunan sehingga sesi Asia pagi ini dan kemudiannya mencecah sekitar 2420.00 pada pembukaan sesi Eropah.
Dengan corak yang dipaparkan, harga emas dilihat cenderung untuk susut lebih rendah sehingga sesi terakhir dagangan untuk minggu ini.
Berkemungkinan paras 2400.00 akan ditembusi untuk penurunan harga dilanjutkan lagi.
Sementara untuk kenaikan harga pula, paras sekitar 2430.00 dilihat sebagai rintangan awal perlu harga lepasi sebelum mendaki lebih tinggi semula.
Melepasi halangan MA50 akan kembali meningkatkan potensi harga emas untuk terus memburu rekod tertinggi terbaru sepanjang masa pada 2500.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG