Bukanlah pembukaan yang baik untuk dagangan emas di awal minggu ini apabila harga menunjukkan penurunan semula.
Pada minggu lalu, emas berjaya bersinar di penghujung minggu didorong oleh faktor penyusutan US dolar susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang suram diterbitkan.
Pada awal minggu ini, penyusutan US dolar masih lagi berterusan namun emas gagal untuk mengekalkan corak peningkatan harganya.
Pelabur juga dalam keadaan berwaspada menantikan laporan inflasi AS minggu ini untuk gambaran situasi pasaran yang lebih jelas.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada Jumaat lalu telah mencapai ketinggian 2378.00, namun kenaikan tidak berjaya diteruskan semalam.
Malah, penurunan harga yang dipaparkan telah kembali menunjukkan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, memberi isyarat awal perubahan trend bearish.
Pergerakan perlahan di sekitar 2340.00 pada hari ini (Selasa) dengan jangkaan penurunan harga bakal diteruskan menyusuli corak semalam.
Harga dijangka akan kembali menuju semula zon support berhampiran 2300.00 yang telah berjaya menyokong dagangan minggu lepas.
Sekiranya tembus lebih rendah ke bawah, harga bakal menuju ke zon tumpuan berikutnya sekitar 2270.00.
Namun, jika harga kembali melonjak semula melepasi garisan halangan MA50, akan kembali memberi kelegaan buat pelabur emas untuk jangkaan kenaikan semula harga untuk berlaku.
Paras ketinggian pada Jumaat lalu berkemungkinan mampu untuk diatasi sebelum harga catatkan paras ketinggian terbaru menuju sasaran rekod tertinggi 2430.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG