“Harap-harap harga BTC naik lebih tinggi lepas debat ni habis.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada pembukaan sesi pasaran Asia hari ini mengukuh semula ke $62,145 di tengah-tengah acara debat presiden antara Republikan Donald Trump dan Presiden Demokrat Joe Biden kini sedang berlangsung.
Hal ini kerana para pemain pasaran kripto pada masa ini memerhatikan perbincangan mengenai kripto dalam perbahasan tersebut.
Jadi di sini dapat dilihat pelabur ingin melihat sama ada Trump akan menangani isu-isu sekitar BTC pada hari ini ditambah pula beliau semakin bersikap positif terhadap aset digital tersebut dan perlu diketahui sokongan Biden juga dapat mendorong kenaikan harga BTC.
Dilaporkan, Biden dan Trump bertukar-tukar serangan ke atas pengguguran dan pengendalian ekonominya pada awal perdebatan mereka, tetapi Biden bukan sahaja kedengaran serak dan tentatif malah tersandung kata-katanya sekali-sekala.
Sementara Trump melancarkan satu demi satu serangan termasuk beberapa kepalsuan dan dakwaan bahawa pendatang telah membuka gelombang jenayah serta Demokrat yang menyokong pembunuhan bayi.
Kedua-dua calon itu muncul tanpa penonton langsung dan mikrofonnya terputus secara automatik apabila tiba gilirannya untuk bercakap susulan ingin mengelak kekecohan yang menggagalkan perdebatan pertama mereka pada 2020 disebabkan Trump mengganggu Biden berulang kali.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.71% pada paras $61,912 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion namun masih mencatatkan penyusutan 4.71% sepanjang minggu lepas.