Datuk Dr Seri Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Batu Pahat menyifatkan tindakan kerajaan dalam mewajibkan pekerja asing mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu tindakan yang salah.
Presiden MCA itu, dalam video di laman Facebooknya berkata dengan berbuat demikian akan membolehkan warga asing menikmati insentif yang diberikan kepada KWSP bersama rakyat Malaysia.
Beliau mengambil contoh seperti Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) Singapura yang telah melupuskan inisiatif buat akaun pekerja asing.
Katanya lagi, agak pelik apabila Malaysia berlawan arah dengan tindakan Singapura yang lakukan sekarang. Sokongan tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya buat rakyat bukan pekerja asing.
Dr Wee juga musykil sama ada adil jika pembayaran dividen tahunan adalah sama untuk kedua-dua pihak.
Pekerja asing akan menikmati faedah yang sama seperti semua pencarum KWSP dan semua keuntungan dalam pelaburan mereka akan melibatkan pertimbangan khas oleh Kerajaan Madani tidak lagi boleh dianggap sebagai penambahbaikan Malaysia.
Beliau menggesa kerajaan menghapuskan cadangan dalam mewajibkan pekerja asing sebagai pencarum seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2025.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Bajet 2025 berkata kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ia bakal dilaksanakan secara berperingkat.