Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat mendatar di atas zon 1.26000 bersambung pada pembukaan awal minggu ini.
Cubaan kenaikan harga dilihat terhalang di paras 1.26500 susulan pengukuhan US dolar yang memberi tekanan kepada Pound.
Pelabur akan berwaspada untuk pergerakan Pound minggu ini yang dijangka berisiko berdepan dengan data-data ekonomi penting termasuk laporan pekerjaan, data pertumbuhan ekonomi dan inflasi UK.
Menjadi tumpuan di sesi New York malam ini adalah data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan memberi impak besar dalam pasaran khususnya kepada mata wang US dolar.
Berdasarkan jangkaan hala tuju dasar monetari bank pusat selepas menghadam data yang diterbitkan, pelabur berkemungkinan melihat arah pergerakan harga yang lebih jelas.
Sekiranya berlaku lonjakan menaik, harga dijangka menguji paras terhampir pada 1.27000 sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan.
Paras yang dicapai harga pada dagangan minggu-minggu sebelum ini akan menjadi perhatian untuk dituju seperti sekitar 1.27700 atau zon rintangan 1.28000.
Sebaliknya, jika harga menjunam di bawah 1.26000, ini akan menjadi isyarat bearish untuk harga susut lebih rendah selepas ini.
Paras harga yang dicecah minggu lalu sekitar 1.25200 bakal diuji sekali lagi atau berkemungkinan harga menyentuh paras 1.25200 yang merupakan zon support utama buat harga.
Penurunan lebih rendah tidak mustahil untuk terus berlaku dan harga bakal catatkan paras terendah terbaru 12 minggu.
Pelabur dijangka sukar untuk melihat pergerakan satu arah sahaja berikutan beberapa siri data yang akan diterbitkan boleh mengubah situasi pasaran tempoh yang singkat.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG