Emas bergerak sedikit hambar pada dagangan hujung minggu apabila institusi-institusi kewangan masih berada dalam mod cuti Krismas hingga Tahun baru.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,631.92 iaitu susut 0.06% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Sementara itu, dagangan emas bergerak dalam zon sekitar $2,630 berikutan sokongan aset selamat kerana pasaran melihat tinjauan ekonomi Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump dan dasar Fed pada 2025.
Logam kuning berharga tidak meraih tarikan apabila data inflasi PCE AS yang sederhana mencetuskan jangkaan pemotongan kadar Fed yang terhad untuk tahun depan.
Namun, kedudukannya masih kukuh apabila peningkatan risiko geopolitik yang berpunca daripada Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan ketegangan di Timur Tengah.
Komoditi aset selamat itu juga berada di landasan positif pada penutup tahun dengan kenaikan 27% iaitu prestasi terbaik sejak 2010.
Lonjakan ini telah didorong oleh pembelian bank pusat, ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat dan pelonggaran monetari oleh bank pusat utama.