Emas bergerak stabil di pertengah sesi Amerika Utara pada Khamis selepas mencecah paras terendah harian $2,635 berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap konflik Israel-Iran dan pengukuhan mata wang dolar AS.
Selain itu, pertaruhan bahawa Federal Reserve (Fed) akan melonggarkan dasarnya lebih agresif pada penghujung tahun bakal memberikan sokongan buat kedudukan emas.
Pada jam 9.50 pagi, harga emas berada pada paras $2,658 iaitu naik sedikit 0.07% sejak ia dibuka pada awal sesi Asia hari Jumaat.
Wall Street berdagang dengan kerugian di tengah-tengah peningkatan risiko geopolitik dengan suasana pasaran kekal suram ketika Israel memajukan tenteranya ke Lubnan walaupun telah menerima serangan peluru berpandu ketara oleh Iran pada hari Selasa.
Sementara itu, Presiden AS Joe Biden mengulas secara terbuka bahawa beliau berbincang untuk menyerang kemudahan minyak Iran dengan pegawai Israel. Berita tersebut mengheret pelabur untuk melonjakkan logam kuning meningkat ke arah $2,650.
Pegawai Fed Atlanta, Raphael Bostic menyatakan bahawa kadar pekerjaan semula jadi telah berubah dan ia mungkin lebih rendah manakala Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee berkata angka inflasi terkini berada pada sasaran Fed serta pasaran buruh berada pada guna tenaga penuh.
Hasil Perbendaharaan AS terus meningkat apabila peniaga mengurangkan peluang mereka untuk pemotongan 50 mata asas pada bulan November.
Nota Perbendaharaan 10 tahun AS menghasilkan 3.84%, naik lima mata asas dan Indeks Dolar AS (DXY) yang menjejaki prestasi dolar berbanding sekumpulan enam mata wang meningkat 0.35% kepada 101.95.