Emas mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal dagangan hari Rabu di atas $2,775 di tengah-tengah mood berisiko dan kejatuhan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat.
Keluaran data ekonomi pada Selasa bercampur-campur dan pelabur semakin yakin bahawa Federal Reserve (Fed) akan menurunkan kadar pinjaman pada mesyuarat November.
Pada jam 9.25 pagi, harga emas berada pada paras $2,777.67 iaitu naik 0.12% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Jabatan Tenaga Kerja AS mendedahkan bahawa Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Buruh (JOLTS) September jatuh ke paras terendah dalam tiga setengah tahun iaitu meleset daripada jangkaan.
Sementara itu, Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan (CB) Oktober menunjukkan keuntungan paling memberangsangkan sejak Mac 2021.
Pasaran kini bersedia menghadapi situasi ekonomi yang sibuk di Amerika Syarikat (AS) kerana data-data itu akan menjadi tumpuan dengan pelabur mencari petunjuk untuk laluan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed).
Selain itu, para pelabur juga memerhatikan dengan teliti pilihan raya AS yang akan datang pada 5 November.
Buat masa ini, harga emas kekal bertahan di puncaknya hasil sokongan konflik berterusan di Timur Tengah dan peningkatan di Ukraine berikutan laporan bahawa Korea Utara telah menghantar tenteranya ke Rusia.