Emas naik sedikit di awal minggu iaitu meningkat 0.28% pada Isnin kerana para pelabur menantikan data Jualan Runcit AS dan keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC).
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,656.01 iaitu naik 0.11% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Data ekonomi AS yang ringan hasil keluaran S&P Global Flash PMI untuk Disember datang dengan bercampur-campur. Aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan lemah selepas bertambah baik pada bulan lepas dan sektor perkhidmatan mencatat bacaan tertinggi pada 2024.
Angka tersebut menyokong kedudukan Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.07% kepada 107.01 mata dan mengheret harga logam kuning ke paras sekitar $2,650.
Sementara itu, Fed akan bermesyuarat buat kali terakhir untuk tahun 2024 pada 17 dan 18 Disember di sesi Amerika Utara bagi menetapkan pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas serta peserta pasaran akan memperhatikan Ringkasan Unjuran Ekonomi (SEP) bagi melihat laluan kadar faedah pada 2025.
Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi yang semakin meningkat bahawa Fed mungkin mengamalkan pendirian secara beransur-ansur kerana pentadbiran Trump yang akan datang membayangkan dasar fiskal yang terdedah kepada inflasi.
Harga emas cenderung meningkat dalam persekitaran kadar yang lebih rendah dan risiko geopolitik yang lebih tinggi, kedua-duanya telah reda sejak kebelakangan ini.
Para pelabur kini menantikan keluaran Jualan Runcit, Pengeluaran Perindustrian, keputusan FOMC dan keluaran teras Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE).