US dolar menamatkan dagangan pada sesi terakhir minggu lalu dengan prestasi suram susulan reaksi terhadap data indeks harga PCE yang diterbitkan.
Data yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) itu menepati ramalan untuk perlahan pada Februari membuatkan US dolar lemah menutup dagangan penghujung suku tahun pertama 2024 itu.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell kemudiannya ada mengulas berkenaan data tersebut dan persekitaran ekonomi AS semasa.
Menurut Powell, data yang hadir adalah selari dengan jangkaan bank pusat dan ketika ini ekonomi masih dalam keadaan yang kukuh dan tidak perlu tergesa-gesa untuk memotong kadar faedah.
Jika diperhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, penutup minggu lalu menyaksikan harga berlegar di bawah paras 1.08000 yang menjadi rintangan semasa buat harga.
Harga juga bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat untuk pergerakan bearish yang berterusan.
Sekiranya harga mengekalkan corak menurun minggu lalu, paras terendah yang dicecah sekitar 1.07700 bakal dilepasi untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Sasaran untuk penurunan berikutnya adalah menuju zon sekitar 1.07000 dengan mengekalkan trend bearish.
Namun jika harga berjaya bergerak naik di atas paras 1.08000, akan menjadi isyarat perubahan trend setelah melepasi halangan MA50.
Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan mengatasi paras dagangan minggu lalu sebelum harga mencapai zon tumpuan pada 1.09000 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG