Pergerakan lemah US dolar dilihat masih berterusan pada dagangan Rabu semalam dan penganalisis memberi amaran untuk situasi tersebut kekal sehingga ke penutup minggu ini.
Kekurangan faktor yang memacu pergerakan US dolar membuat pelabur lebih berwaspada setelah perubahan arah yang berlaku.
Pada awal minggu, US dolar mengekalkan pengukuhan dari momentum minggu sebelumnya, namun kembali menyusut di pertengahan minggu ini.
Walau bagaimanapun penganalisis kekal melihat kelebihan dimiliki oleh US dolar berdasarkan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berpotensi memberi sokongan kepada pengukuhan US dolar lebih lanjut.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, terjunan harga yang berlaku pada awal minggu telah mencecah paras sekitar 1.07230.
Namun harga paparkan kenaikan semula sehingga dagangan Rabu semalam ke paras sekitar 1.07800.
Isyarat perubahan trend bullish harga diperhatikan apabila harga mula bergerak di atas garisan sokognan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan untuk menuju paras 1.08000 bagi menguji zon SBR (support become resistance) itu.
Reaksi harga akan diperhatikan, jika tembus lebih tinggi akan mendorong harga meneruskan pergerakan bullish untuk menuju pula zon rintangan sebelum ini pada 1.09000.
Sebaliknya jika harga gagal tembusi zon SBR 1.08000, berkemungkinan harga boleh menjunam jatuh semula ke bawah.
Paras yang dicecah di awal minggu akan menjadi tumpuan untuk diuji sebelum harga bakal mencecah zon support pada 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG