Penyusutan US dolar pada minggu lalu tidak diteruskan pada dagangan pembukaan awal minggu ini.
Sebaliknya, pergerakan US dolar mendatar ketika pasaran menilai semula keputusan mesyuarat FOMC dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed).
Kenyataan oleh Presiden Fed Richmon Thomas Barkin pada Isnin menyokong nada Pengerusi Fed Jerome Powell yang cenderung untuk mengekalkan dasar yang ketat.
Barkin tidak melihat petunjuk bahawa inflasi sedang dalam landasan untuk menuju ke sasaran bank pusat.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menguji rintangan pada paras 1.08000 di penghujung minggu lalu selepas lonjakan yang berlaku.
Namun pada awal minggu semalam, harga gagal untuk menyentuh paras tersebut dengan pergerakan harga mendatar di atas 1.07600.
Harga berlegar di sekitar tersebut sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), namun pelabur masih melihat isyarat bullish buat harga yang kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Sekiranya lonjakan berlaku hari ini, rintangan 1.08000 bakal diuji lagi dan berkemungkinan harga akan menembusinya.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran adalah pada sekitar 1.09000.
Jika situasi sebaliknya yang berlaku, penurunan harga dijangka akan menghampiri semula paras tumpuan 1.07000.
Penurunan lebih rendah selepas isyarat perubahan trend bearish harga akan menjangkakan sasaran pada zon support 1.06000 untuk dituju.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG