Cemerlang pada dagangan Khamis semalam, US dolar berjaya meneutralkan semula kerugian yang dialami pada Rabu sebelum ini ketika tersungkur dengan bacaan inflasi pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang menurun.
Namun, sentimen mesyuarat FOMC yang hawkish telah berjaya menyokong pemulihan semula US dolar semalam.
US dolar menyambung pengukuhan di sesi New York semalam walaupun data inflasi pengeluar (PPI) AS diterbitkan dengan bacaan merosot bagi bulan Mei.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan kembali dipaparkan semalam setelah pada Rabu lalu harga melonjak mencapai ketinggian 1.08600.
Penurunan di bawah zon 1.08000 semula telah diteruskan melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat untuk pergerakan bearish harga.
Harga mencecah 1.07330 di sesi New York sebelum mendatar perlahan di sekitar itu sehingga menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Dengan momentum terjunan semalam, harga cenderung untuk meneruskan penurunan lebih rendah harga ini dengan sasaran untuk menuju zon support 1.07000.
Mencecah zon tersebut juga akan mencatatkan paras terendah terbaru buat harga untuk tempoh dagangan 6 minggu.
Namun jika kenaikan harga sebaliknya berlaku, halangan MA50 bakal diuji sebelum harga hampiri zon tumpuan 1.08000 semula.
Selepas berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian 1.08600 Rabu lalu akan cuba diatasi sebelum harga menuju zon rintangan tumpuan minggu lalu pada 1.09000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG