Setelah dinanti-nantikan selama beberapa minggu, akhirnya paras rintangan penting pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya dibolosi semalam.
Paras yang dimaksudkan adalah 1.27000 yang ditembusi pada kenaikan di sesi New York semalam setelah beberapa kali cubaan harga yang gagal sebelum ini.
Situasi tersebut didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan selepas data tinjauan ISM sektor perkhidmatan yang diterbitkan semalam catatkan angka yang menurun untuk bulan Februari, namun masih berada di atas paras 50.0 mata.
Namun disebabkan kedua-dua bacaan untuk sektor perkhidmatan semalam dan pembuatan pada Jumaat lalu menunjukkan penurunan, kebimbangan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) sedikit tercetus dan membuatkan kecenderungan terhadap persediaan Federal Reserve (Fed) untuk beralih ke arah pelonggaran dasar.
Jadi US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran dan terus memberi ruang untuk Pound meningkat ke paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Kenaikan harian sekitar 60 pips yang dipaparkan semalam melepasi rintangan 1.27000 dan kemudiannya mencapai ketinggian baru sekitar 1.27350.
Harga kembali berundur semula ke paras 1.27000 pada penutupan sesi New York dan kekal mendatar di sekitar itu pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Dengan isyarat bullish yang dipaparkan ini, harga berpotensi untuk meneruskan pendakian lebih tinggi mengatasi paras dicapai semalam untuk catatkan paras ketinggian terbaru lagi.
Sasaran adalah untuk menuju ke zon tumpuan berikutnya yang berada pada 1.28000.
Namun jika harga gagal bertahan di atas paras 1.27000, sebaliknya menunjukkan tanda-tanda penurunan, akan menjadi amaran kepada pelabur.
Harga boleh susut semula menuju paras 1.26000 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG