Pada minggu lalu, penurunan harga sehingga 270 pips berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketika tercetus semula pengukuhan US dolar yang disokong oleh terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru.
Dengan peningkatan angka inflasi pada Mac, semakin mengecil unjuran untuk langkah penurunan kadar faedah untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) dalam tempoh terdekat.
Justeru, jangkaan untuk Fed mengekalkan dasar monetari ketat telah menyokong US dolar untuk mengukuh ditambah pula faktor ketegangan perang Iran-Israel yang semakin hangat minggu ini akan memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven.
Dapat dilihat pada minggu lalu pada carta GBP/USD harga mencapai ketinggian 1.27000 dan menjunam selepas gagal melepasi rintangan tersebut.
Penurunan ketara harga pada Rabu diteruskan pada penghujung minggu hingga melepasi zon 1.25000 yang dijangka untuk diuji harga.
Namun harga telah jatuh mencecah sekitar 1.24300 untuk rekod terendah bagi tahun ini dan merupakan paras terendah dicatatkan sejak November tahun lalu.
Pergerakan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebagai isyarat trend bearish dan dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah minggu ini.
Sasaran terhampir adalah untuk menguji zon 1.24000 sebelum penurunan lebih rendah bakal diteruskan menuju pula sekitar 1.23000.
Jika berlaku kenaikan semula harga, zon 1.25000 sebagai rintangan untuk diuji selain halangan MA50 akan cuba untuk harga tembusi.
Jika berjaya, akan menjadi isyarat awal bagi perubahan trend bullish semula harga sebelum meneruskan pendakian menuju 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG