Tidak menyambung penyusutan lebih rendah, sebaliknya kenaikan harga berlaku semula pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam.
Situasi ini berikutan didorong oleh dagangan US dolar yang kekal lemah sehingga ke penghujung sesi New York.
Pada awal sesi, pergerakan harga agak bercampur ketika pelabur memerhatikan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menyaksikan beberapa angka bacaan yang baik, namun gagal untuk menyokong pemulihan lanjut US dolar.
Pada Rabu lalu, harga menunjukkan penurunan menghampiri zon 1.33000 sebelum lantunan dipaparkan semula pada dagangan Khamis semalam menyaksikan paras 1.34000 ditembusi semula.
Kenaikan harga juga telah turut melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang memberi isyarat untuk trend bullish disambung semula.
Tetapi pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga menunjukkan penurunan perlahan di bawah 1.34000 untuk menguji semula MA50.
Jangkaan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan sekiranya harga berjaya bergerak semula di atas 1.34000 untuk mengatasi paras ketinggian semasa pada 1.34300.
Ketinggian terbaru akan dicatatkan selepas corak kenaikan diteruskan dengan sasaran seterusnya adalah pada zon 1.35000.
Namun, tidak mustahil perubahan berlaku pada dagangan di penghujung minggu yang tak menentu ini yang boleh dipengaruhi terbitan data tumpuan seperti indeks PCE AS.
Jika penurunan harga berlaku, zon 1.33000 dilihat sebagai tumpuan hampir untuk diuji sebelum lanjutan penurunan lebih rendah dijangka boleh mencecah semula sekitar 1.32000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG