Pound Sterling pada awal minggu dilihat berjaya mengekalkan corak pengukuhan dari minggu lalu mengambil kesempatan ke atas US dolar yang bergerak suram.
Tumpuan lebih terarah kepada kemungkinan langkah campur tangan telah berlaku di Jepun menyaksikan Yen ketara mengukuh sementara US dolar turut terkesan.
Tiada penjelasan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun dan kini pasaran mula beralih tumpuan untuk mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis nanti.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD diperhatikan meningkat lebih tinggi semalam untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.
Selepas harga membuat kenaikan di atas paras 1.25000 di pembukaan sesi Asia, kenaikan diteruskan dan mencapai ketinggian baru sekitar 1.25700 di sesi New York.
Harga sedikit berundur ketika menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) namun pergerakan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, menunjukkan isyarat kekal bullish.
Kenaikan harga dijangka untuk diteruskan lagi dengan sasaran seterusnya adalah pada ketinggian 1.26000.
Melepasi rintangan itu bakal menjangkakan harga untuk melanjutkan pendakiannya menuju paras tumpuan berikutnya pada 1.27000.
Namun jika harga kembali membuat penurunan, sokongan awal harga berada pada paras 1.25000.
Harga yang menjunam di bawah paras MA50 juga akan menjadi isyarat untuk perubahan trend sebelum harga menuju ke sasaran sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG