Kini, pasaran minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS mula mengatur langkah memulih sejak Selasa sehingga bertahan di paras $74 per tong berbanding paras terendah $71.45 pada minggu ini.
Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) memberi amaran pada minggu ini bahawa Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kelembaban ketara pada kadar pertumbuhan pengeluaran minyak mentah selepas mencapai rekod penghasilan pada 2023.
Menurut EIA, AS bersedia untuk melihat keseluruhan pengeluaran minyak mentah untuk berkembang dengan purata 160,000 tong sehari pada tahun 2024 berbanding tahun lepas.
EIA melaporkan bahawa inventori minyak mentah AS naik sebanyak 5.521 juta tong pada awal bulan Februari iaitu jauh melebihi sasaran iaitu 1.895 juta tong. Stok minyak mentah naik dengan tambahan 1.234 juta tong pada minggu sebelumnya.
Selain itu, risiko geopolitik kekal sebagai ‘watak’ utama bagi menyokong harga minyak mentah apabila berlakunya tanggapan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.
Manakala, pergolakan di Laut Merah di antara kumpulan Houthi dan AS kekal hangat dengan pelbagai serangan.
Minggu ini, Houthi telah menembak dua buah kapal komersial yang berlayar di Terusan Suez itu dan mengekalkan lanjutan konflik.
Melihat secara teknikal, pasaran minyak mentah AS WTI kini masih alami pergerakan sukar di paras $74.00 sejak semalam selepas kejatuhan terendah pada Isnin lepas.
Kini, pergerakan harga kekal terhad pada minggu ini menurut Purata Pergerakan Mudah (SMA) 200 jam iaitu berhampiran paras $75.00.