Langit Israel telah dihujani dengan misil dilancarkan oleh Iran yang mensasarkan beberapa kawasan penting di negara haram itu.
Situasi kecoh di pelbagai media sosial dan ada saksi mengatakan peluru berpandu tersebut menghentam Israel tanpa henti.
Menurut sumber Iran, mereka telah menghantar sebanyak 400 peluru berpandu ke negara terbabit dengan Fattah-1 Hypersonic Missiles menjadi pilihan kali ini.
Iran menyatakan serangan kali ke-2 ini adalah sebagai tindak balas oleh Iran kepada tindakan Israel yang melakukan pembunuhan terhadap Ismail Haniyeh, insiden letupan pagers, pembunuhan komando IRGC dan Nasrallah.
Antara yang dilihat terkesan setakat ini adalah platform gas di Ashkelon yang musnah, Medan gas Leviathan yang dilaporkan telah terbakar, pangkalan udara Nevatim di Negev dan Fasiliti Penyelidikan Nuklear Dimona.
Namun menurut penganalisis keselamatan Israel, Iran mensasarkan seluruh negara tersebut tidak juga ketinggalan Negev & Jerusalem.
Israel telah memberi respon dengan mengatakan mereka akan bertindak balas terhadap serangan Iran tersebut semasa sesi sidang media sambil Netanyahu dilihat memegang kertas dengan tangan kelihatan menggeletar.
Terdapat beberapa negara lain yang telah membantu Israel dalam konflik ini yang paling jelas adalah Amerika Syarikat (AS) di mana Presiden Biden telah mengarahkan tentera AS untuk membantu Israel dari segi pertahanan mereka.
Jordan juga tidak ketinggalan memberi bantuan kepada Israel dengan membenarkan tentera AS menggunakan ruang udara mereka untuk menembak jatuh misil Iran yang menuju ke Israel.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan secara rasmi jumlah kematian yang sebenar.