Nilai emas naik mendadak semasa penghujung dagangan Asia menawan semula posisi atas $2,500 dan nyaris menyentuh paras tertinggi sepanjang masa di saat peserta pasaran kekal tinggi dalam harapan berlakunya pemotongan kadar faedah AS.
Tepat jam 9.40 pagi, harga emas berada pada posisi $2,515.22 iaitu susut sedikit 0.6% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia hari Jumaat.
Data pekerjaan AS baru-baru ini menunjukkan bacaan bercampur-campur walaupun ia masih dalam potensi penyejukan pasaran buruh. Hal ini terus mencetuskan spekulasi untuk pemotongan kadar faedah 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) sepanjang dua minggu.
Walau bagaimanapun, ekonomi gergasi dunia itu kekal berdaya tahan apabila aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan bertambah baik berbanding unjuran kelembapan.
Hasil Perbendaharaan AS jatuh dengan nota 10 tahun turun tiga mata asas kepada 3.727% dan menjejaskan kedudukan Indeks Dolar AS (DXY). Ukuran nilai USD berbanding enam mata wang lain jatuh lebih 0.21% kepada 101.05.
Sementara itu, para pelabur emas sedang bersiap sedia untuk terbitan laporan Non-Farm Payroll (NFP) untuk bulan Ogos yang akan dibentangkan pada Jumaat malam.