“Korang rasa boleh ke harga ETH capai $3,000 dalam masa terdekat ini?”
Mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) melihat pendakian sehingga $2,600 apabila para pelabur semakin menunjukkan keterujaannya setelah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) meluluskan semua permohonan spot Bitcoin (BTC) ETF.
Ditambah pula berbilang peserta dalam pasaran kripto termasuk CIO Fund Valkyrie, Steven McClurg telah berpandangan pelancaran ETH ETF tidaklah mengejutkan susulan beberapa institusi seperti VanEck, Ark21Shares, Hashdex, Grayscale dan Invesco telah menyerahkan permohonan untuk spot ETH ETF.
Disebabkan ETH sudah berjaya menembusi $2,500, harganya mungkin akan menyasarkan zon rintangan seterusnya pula pada $2,800, oleh itu terdapat pihak yang meramalkan aset digital tersebut mampu naik ke $30,000.
Menerusi pemerhatian, Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan kekuatan belian semakin meningkat manakala address aktif harian Santiment menyokong prospek kenaikan harga ETH susulan terdapat lonjakan progresif dalam interaksi orang ramai terhadap aset digital itu.
Pada pertengahan Disember 2023, 387,000 address aktif harian telah berlaku, jadi jumlah itu pada masa ini adalah 413,000 yang mewakili peningkatan 6.7% dalam masa kurang dari sebulan.
Selain itu, urus niaga whales untuk pemindahan $100,000 dan ke atas telah menyaksikan lonjakan yang diserlahkan oleh pendakian jumlah bagi menunjukkan minat pelabur yang semakin meningkat.
Namun perlu diingatkan juga potensi profit-taking awal mampu menyebabkan ETH melakukan correction di mana harganya boleh tergelincir semula pada $2,388 ataupun lebih bawah lagi pada $2,135.
Setakat penulisan ini, harga ETH mencanak sebanyak 8.89% pada paras $2,577 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $309 bilion kemudian merekodkan kenaikan 15.89% sepanjang minggu lepas.