“Wow ini berita sangat mengejutkan, tapi menarik juga ye sebab tak terfikir pula nak guna tenaga nuklear.”
Bursa mata wang kripto Kraken sedang mempertimbangkan menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa bagi menggerakkan data center di tengah-tengah permintaan dalam kewangan decentralized (DeFi) semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Vishnu Patankar.
Tambahnya lagi, Kraken berhasrat bekerjasama bersama penyedia tenaga yang boleh membekalkan tenaga nuklear melalui reaktor modular kecil (SMR) yang dapat ditempatkan dengan data center
Susulan terdapat tuntutan 24 jam bagi menjalankan perniagaan jangkaan penggunaan kripto secara besar-besaran dari masa ke masa, Kraken sedang melihat bagaimana tenaga nuklear dapat meningkatkan perniagaannya dari segi bekalan tenaga serta kependaman.
Penerokaan idea Kraken datang di tengah-tengah banyak firma teknologi turut meneroka tawaran dengan pengendali nuklear bagi menggerakkan data center diperlukan untuk memenuhi permintaan artificial intelligence (AI).
Backup nuklear membawa makna Kraken boleh terus beroperasi biarpun terdapat gangguan besar pada bekalan tenaga tempatan, ulas Patanker sambil menambah ia dapat melindungi daya tahan tenaganya agar pasukannya berupaya tawarkan produk serta perkhidmatan sepanjang masa.
Sungguhpun keputusan muktamad masih belum dibuat lagi, Kraken akan mempertimbangkan kuasa nuklear sebagai pilihan susulan alternatif lain seperti angin dan solar bergantung pada cuaca serta penyimpanan tenaga yang dapat menimbulkan cabaran.
Memang tidak dinafikan tenaga nuklear mengalami persepsi negatif daripada ramai pihak, tetapi ia mungkin penyelesaian lebih mesra alam ekoran sebarang lebihan tenaga dijana oleh reaktor boleh ditangkap dan digunakan untuk menggerakkan sistem penyejukan data center.