Dolar Kanada antara mata wang dengan prestasi tercorot dengan kejatuhan nilai berterusan untuk 6 hari berturut-turut.
Berbanding US dolar, mata wang Kanada itu telah melemah ke paras terendah 8 minggu didorong oleh faktor kejatuhan harga minyak mentah global.
Minyak mentah yang menjadi komoditi eksport utama Kanada menyaksikan kejatuhan yang berterusan, namun risiko gangguan bekalan susulan perang di Timur Tengah menghadkan kejatuhan yang lebih parah.
Bagi meneliti pergerakan Loonie itu, pelabur menantikan laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat ini yang menjangkakan angka terbaru lebih baik.
Kanada dijangka menambah pekerjaan sebanyak 29,800 pada September namun sedikit membimbangkan apabila kadar pengangguran yang diramalkan bakal meningkat ke paras 6.7%.
Pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga dilihat mengekalkan siri kenaikan sejak minggu lalu dan pada sesi New York semalam melepasi paras 1.37000.
Menyambung dagangan pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis), harga kekal mendatar perlahan di atas paras 1.37000 tersebut sementara menantikan petunjuk terbaru.
Tumpuan pasaran kini terarah kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dilihat akan menjadi pemacu pada dagangan di penghujung minggu ini.
Sekiranya kenaikan harga masih berterusan, harga berkemungkinan mampu mencapai sehingga ke paras ketinggian 1.38000.
Namun sebaliknya jika terdapat tanda-tanda untuk perubahan arah, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan semula harga.
Gagal bertahan di atas paras 1.37000 dan mula susut ke bawah akan menjangkakan penurunan harga bermula sebelum menuju paras tumpuan terhampir sekitar 1.36000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG