Dolar Australia paparkan prestasi dagangan yang baik sejak keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia diumumkan di awal minggu.
Walaupun Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan tidak memberi sebarang isyarat terbaru yang bernada hawkish, namun nilai mata wang negara itu kekal positif.
RBA tidak menyatakan sebarang perancangan untuk menurunkan kadar faedah dan tidak juga melihat kenaikan kadar sebagai keperluan ketika ini.
Ketika pergerakan US dolar kekal melemah sejak awal minggu dan pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup semalam, dolar Aussie memanfaatkan ruang untuk meneruskan peningkatan.
Namun pergerakan harga pada Rabu semalam dilihat terhad sementara data-data terbaru di penghujung minggu bakal diberikan perhatian.
Pelabur melihat perubahan corak harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pada minggu ini yang menunjukkan pemulihan harga.
Jika pada minggu lalu, harga telah paparkan penurunan menguji zon tumpuan sekitar 0.66000, namun pembukaan awal minggu ini menunjukkan lantunan yang berlaku.
Selepas mesyuarat RBA pada Selasa, kenaikan telah diteruskan sehingga pada Rabu semalam harga mencapai sekitar 0.66770.
Paras tersebut dilihat sebagai rintangan kecil buat harga yang turut diuji di sesi Asia pagi ini sebelum harga berundur turun sedikit menuju pembukaan sesi Eropah.
Harga dilihat akan menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu untuk pelabur menilai petunjuk bagi arah pergerakan harga selanjutnya.
Sekiranya berlaku lantunan semula, corak kenaikan harga berkemungkinan akan diteruskan lagi dengan sasaran untuk menghampiri zon rintangan 0.67000.
Jika zon tersebut berjaya dilepasi, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan bagi tempoh dagangan 5 minggu.
Namun, jika sebaliknya penurunan yang terjadi, susut di bawah garisan sokongan MA50 akan menjangkakan tekanan buat harga ke paras yang lebih rendah.
Penurunan harga boleh mencecah semula sekitar 0.66000 sebagai zon support penting yang menjadi tumpuan beberapa minggu dagangan kebelakangan ini.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG