Microsoft mengumumkan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar yang pernah diumumkan oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.
Satya Nadella, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft bersetuju untuk menambah pelaburan berjumlah $2.2 billion untuk Malaysia semasa kunjungan hormat delegasinya di Putrajaya.
Katanya, pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan kecerdasan buatan (AI), pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi negara yang kukuh, dasar-dasar yang jelas, mesra pelabur dan kestabilan politik.
Ujarnya lagi, pelaburan ini selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus kerajaan dalam membangunkan kapasiti AS dalam negara.
Kedua-duanya sempat berdialog berkaitan hal teknologi yakni AI dan perancangan Kerajaan Madani dalam mempersiapkan negara dengan arus perubahan ini.
Anwar berharap kerjasama Malaysia dan Microsoft di akan membawa manfaat yang cukup besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya.