Bersediakah rakyat Selangor menerima kenaikan cukai taksiran 25% bermula 2025?
Mulai 1 Januari 2025, pemilik hartanah di Selangor akan melihat bil cukai mereka meningkat setelah kerajaan negeri meluluskan kenaikan kadar cukai.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim, mempertahankan langkah ini sebagai “keperluan” untuk mencerminkan nilai semasa hartanah.
Beliau berkata, banyak majlis tempatan masih menggunakan kadar cukai yang lama, seperti di Sabak Bernam yang masih menggunakan kadar dari tahun 1986.
Namun, langkah ini mendapat bantahan hebat dengan lebih 148,000 pemilik hartanah mengemukakan rasa tidak puas hati mereka.
Ramai merasakan masa kenaikan ini sangat tidak sesuai, terutama dengan cabaran ekonomi semasa yang membebankan rakyat.
Untuk mengurangkan implikasi kepada rakyat, kerajaan menetapkan had kenaikan pada 25%.
Sebagai contoh, walaupun penilaian semula mungkin menggandakan cukai dari RM100 kepada RM200, pemilik hartanah hanya perlu membayar RM125, berbanding kadar penuh.