Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) susut pada Rabu apabila laporan pendapatan yang mengecewakan daripada syarikat teknologi utama mempengaruhi sentimen pelabur.
Pelabur dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pegangan aset dalam suasana pasaran yang berisiko ketika ini.
Dalam perdagangan lanjutan, Super Micro Computer merosot lebih daripada 13% dalam keputusan suku tahunan yang lebih lemah daripada jangkaan, mengheret firma cip lain seperti Nvidia (-2.6%) dan AMD (-1.6%) lebih rendah.
Airbnb juga menjunam hampir 17% apabila laporan pendapatan suku kedua yang mengecewakan.
Pada dagangan Selasa, Dow naik 0.76%, S&P 500 naik 1.04% dan Nasdaq Composite naik 1.03%, dengan kesemua 11 sektor S&P berakhir lebih tinggi.
Pergerakan itu menyusuli penjualan mendadak pada hari Isnin yang didorong oleh kebimbangan kemelesetan AS dan kemerosotan pasaran di Jepun.
Tumpuan pada saham individu, Palantir Technologies melonjak 10.4% selepas melepasi anggaran penganalisis, Uber melonjak 10.9% berikutan keputusan suku kedua yang lebih baik daripada jangkaan, dan Caterpillar meningkat 3% selepas melaporkan pendapatan yang mengatasi ramalan Wall Street.

























































