Projek laluan air yang dibiayai oleh China di Kemboja, Terusan Funan-Techo juga dikenali sebagai Projek Jalan Navigasi dan Logistik Tonle Bassac, boleh memberi kesan ketara kepada landskap ekonomi dan geopolitik Malaysia.
Selain itu, situasi ketegangan antara China dan Malaysia dijangka akan semakin meningkat menyusuli amaran Beijing sebelum ini yang mengarahkan pemberhentian aktiviti di perairan kaya minyak Sarawak.
Terusan sepanjang 180 km itu yang menjadi sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Jalan China, akan menghubungkan Phnom Penh ke pelabuhan Sihanoukville yang berpotensi meningkatkan pengaruh China di Asia Tenggara.
Projek yang dibiayai oleh China Road and Bridge Corporation (CRBC) itu menelan kos sebanyak 1.7 bilion dan dijangka siap pada 2028.
Laluan air itu mungkin membolehkan kehadiran tentera China yang lebih besar di rantau ini, terutamanya berhampiran Pangkalan Tentera Laut Ream Kemboja.
Bagi Malaysia, terusan itu bakal menimbulkan risiko kepada projek hidrokarbonnya di Teluk Thailand, di mana ia berkongsi kawasan pembangunan bersama dengan Thailand dan Vietnam.
Peningkatan aktiviti tentera laut China boleh meningkatkan ketegangan di rantau ini, terutamanya berhampiran medan minyak dan gas Malaysia-Vietnam.
Projek ini menekankan pengaruh China yang semakin meningkat, yang mungkin mencabar kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia, terutamanya di kawasan maritim yang dipertikaikan.