[Artikel Tajaan]
Pasaran emas telah didagangkan tinggi pada sesi pasaran Asia hari ini berikutan cuti umum di Amerika semalam.
Momentum “Recovery” dollar Amerika dan pengukuhan bon perbendaharaan Amerika dilihat bakal mempengaruhi permintaan harga emas pada sesi New York hari ini.
Namun begitu beberapa ahli komiti Fed masih lagi dijadualkan akan melakukan persidangan pada malam ini sehingga esok.
Selain itu juga, laporan data “Initial Jobless Claims dan PMI Amerika dilihat turut juga akan menjadi tumpuan pemain pasaran emas.
Sekiranya laporan data pekerjaan pada malam ini memberikan indikasi “dovish” emas dilihat mampu didagangkan ke paras yang lebih tinggi.
Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, paras harga $2,345 dilihat menjadi halangan utama untuk harga emas terus didagangkan ke paras yang lebih tinggi. Namun sekiranya paras tersebut berjaya dibolosi, $2,364 akan menjadi tumpuan.
Namun jika sebaliknya, $2,287 akan menjadi harga lantai utama pasaran emas sebelum terus didagangkan ke paras lebih rendah di sekitar paras harga $2,277-$2,250.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI