[Artikel Tajaan]
Pasaran emas dilihat masih lagi didagangkan secara “hedging” di sekitar paras harga $2,400-$2,300. Laporan data inflasi CPI dan Producer Price Index (PPI) dilihat gagal meyakinkan pembeli emas walaupun kedua laporan data itu dilihat telah menunjukkan indikasi yang jelas bahawa bacaan inflasi di negara Amerika dilihat menurun.
Hal ini kerana, pada persidangan mesyuarat FOMC baru-baru ini pengerusi Fed Jerome Powell dengan jelas telah menyatakan bahawa mereka melihat laporan data inflasi yang telah dilaporkan baru-baru ini masih lagi tidak meyakinkan Fed terhadap projeksi sebenar inflasi pada masa akan datang.
Walaupun begitu, berdasarkan laporan SEP Economic Projection pada laporan mesyuarat FOMC baru-baru ini, Fed dilihat berkemungkinan bakal melaksanakan pemotongan kadar faedah sekurang-kurangnya hanya sekali pada tahun 2024 iaitu sebanyak 25 mata asas. Namun tarikh pelaksanaannya masih lagi tidak jelas.
Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, emas dilihat masih lagi didagangkan secara “hedging” sejak awal minggu ini. Paras harga $2,287 dilihat akan menjadi harga tumpuan.
Sekiranya harga tersebut berjaya dipecahkan, harga emas dilihat mampu didagangkan rendah sehingga ke paras harga $2,250, dimana paras harga ini dilihat menjadi tumpuan utama pembeli emas.
Namun jika sebaliknya, paras harga $2,350 akan menjadi halangan utama untuk emas terus kekal didagangkan tinggi. Sebarang kenaikan seterusnya mampu mendorong harga emas diniagakan sekurang-kurangnya sehingga ke paras $2,388.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI