Euro berjaya mendaki ke paras tertinggi terbaru 7 minggu berbanding US dolar selepas pelabur memberi tumpuan kepada mesyuarat polisi bank pusat Eropah semalam.
Seperti dijangka European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.50% dan Presiden Christine Lagarde menyatakan mesyuarat kali ini tidak membincangkan tentang langkah penurunan kadar faedah.
Pada awal keputusan mesyuarat itu, Euro alami penyusutan terlebih dahulu sebelum berjaya paparkan lonjakan semula sehingga ke penghujung sesi New York.
Sementara US dolar kekal lemah alami penyusutan berterusan dengan penilaian kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam ucapannya di Washington DC pada Rabu dan Khamis semalam.
Pelabur nantikan pula laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam nanti.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan penurunan awal mencecah sekitar 1.08700 ketika penyusutan awal Euro semalam.
Kemudiannya harga kembali melantun naik semula sehingga melepasi zon penting pada 1.09000 dan berjaya catatkan ketinggian terbaru sekitar 1.09500 bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Dengan corak bullish yang masih dipaparkan, harga berpotensi untuk meneruskan pendakian lanjutnya menuju sasaran seterusnya pada 1.10000.
Namun arah harga juga boleh berubah di sesi-sesi akhir dengan risiko ketidaktentuan ketika data NFP diterbitkan.
Harga yang kembali membuat penurunan dilihat akan menguji zon 1.09000 semula dan berkemungkinan harga boleh atas paras dicecah semalam jika penurunan lanjut harga diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG