Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam dilihat agak mendatar berbanding terjunan ketara pada hari sebelumnya.
Situasi perang yang kian hangat di Timur Tengah telah menyuntik pengukuhan US dolar untuk memulih dari kejatuhan sebelum ini kesan dari petunjuk dasar monetari Federal Reserve (Fed).
Tambaha, pada sesi New York semalam diterbitkan laporan pekerjaan ADP yang mencatatkan angka pertambahan yang baik bagi sektor swasta pada September.
Justeru, penganalisis masih melihat potensi US dolar untuk menyambung pengukuhannya, namun perlu berhati-hati menuju dagangan penghujung minggu yang akan berdepan dengan laporan pekerjaan NFP.
Pada carta GBP/USD, pergerakan harga dilihat mendatar di bawah paras 1.33000 sepanjang Rabu semalam yang menjadi rintangan semasa buat harga.
Pergerakan harga kekal bearish di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, namun masih belum melepasi paras yang dicecah pada penurunan Selasa lalu iaitu 1.32400.
Penurunan harga masih dijangka akan diteruskan untuk seterusnya catatkan paras terendah yang baru menuju zon tumpuan 1.32000.
Menembusi zon tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah diteruskan dengan sasaran akan beralih pula ke sekitar 1.31000.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan melepasi rintangan 1.33000 dan turut mengatasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan arah trend harga semula.
Kenaikan selanjutnya bakal kembali menuju zon rintangan yang diuji sejak minggu lalu iaitu pada 1.34000 sebelum harga mampu catatkan rekod ketinggian terbaru lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG