Sentimen pasaran berisiko dipengaruhi oleh perkembangan terbaru oleh isu perang Rusia-Ukraine yang kembali menjadi tumpuan minggu ini.
Selepas Ukraine melancarkan serangan pada Selasa lalu, Rusia bertindak menyerang balas ke timur Ukraine pada Khamis dan susulan itu, Presiden Rusia Vladimir Putin menyebarkan amaran konflik global ekoran Amerika Syarikat (AS) dan Britain membenarkan Ukraine menggunakan senjata mereka.
Justeru, situasi tersebut telah memberi kesan ke atas pasaran yang menyaksikan US dolar sebagai mata wang safe-haven melanjutkan pengukuhannya menuju dagangan penghujung minggu ini.
Jika diperhati pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah melanjutkan penurunan ke paras terendah terbaru lagi untuk tahun ini semalam melepasi paras yang dicecah minggu lalu.
Support 1.05000 telah ditembusi harga dengan penurunan di sesi New York semalam mencecah sekitar 1.04600 sebelum pergerakan harga mendatar sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Trend kekal bearish dengan pergerakan harga yang berada di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut sejak Rabu lalu lagi.
Harga dilihat cenderung untuk jatuh lebih rendah dengan sasaran terhampir dijangkakan mencecah zon 1.04000.
Namun, perubahan arah harga boleh berlaku pada kebiasaan dagangan di penghujung minggu dengan kemungkinan faktor aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh pemain pasaran.
Kenaikan harga jika kembali melepasi paras 1.05000 seterusnya menembusi halangan MA50, akan menjangkakan peningkatan semula harga untuk berlaku.
Paras rintangan pada 1.06000 akan kembali menjadi tumpuan yang masih kekal menjadi penghalang pada cubaan kenaikan harga di awal minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG