Sentimen pasaran dinilai berisiko sejak semalam berikutan laporan tercetusnya serangan Iran yang mula dilancarkan secara besar-besaran ke atas Israel.
Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah itu telah menyokong pengukuhan US dolar sebagai dagangan mata wang safe-haven dalam pasaran.
Tapi kenapa US dolar gagal kukuh berbanding dolar Kanada?
Ini disebabkan oleh situasi perang meningkatkan harga minyak mentah global berikutan jangkaan bekalan yang terhad.
Minyak mentah yang menjadi komoditi eksport utama Kanada itu telah menyokong pengukuhan kepada mata wang Loonie.
Oleh sebab itulah pelabur melihat penurunan harga telah dipaparkan pada carta pasangan mata wang USD/CAD semalam.
Sejak minggu lalu, harga cuba untuk memaparkan corak kenaikan yang memulih dari terjunan ketara sebelumnya ketika situasi US dolar yang melemah.
Namun, kenaikan harga terbantut dengan penurunan ketara pada sesi New York semalam memberi isyarat untuk pergerakan bearish bermula.
Harga yang susut di bawah paras 1.35000 turut berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.
Corak penurunan sederhana masih diperlihatkan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) mencecah sekitar 1.34760 dengan sedikit lantunan menuju pembukaan sesi Eropah.
Harga dijangka untuk dilanjutkan ke paras lebih rendah selepas ini untuk mencecah semula paras terendah pada minggu lepas iaitu sekitar 1.34200.
Namun arah pergerakan harga boleh berubah sekiranya US dolar berjaya mengukuh berbanding dolar Kanada selepas ini.
Lonjakan harga sekiranya melepasi semula paras 1.35000 akan menjangkakan paras ketinggian semalam sekitar 1.35400 untuk diatasi.
Seterusnya, pendakian akan diteruskan untuk menuju ke zon tumpuan sekitar 1.36000 dengan menjangkakan reaksi menarik harga bakal dipertontonkan.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG