Menteri Kewangan Jepun Shunichi Suzuki serta diplomat mata wang utama Masato Kanda mengelak daripada mengulas mengenai pasaran kewangan pada Rabu semalam setelah yen mendaki ke paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lebih dua bulan.
Ditanya berhubung kenaikan mendadak yen baru-baru ini, Suzuki berkata bahawa beliau akan mengelak daripada membuat sebarang komen sambil menyatakan ia boleh memberi kesan tidak diduga ke atas pasaran.
Kanda, naib menteri kewangan bagi hal ehwal antarabangsa mengulangi komen Suzuki tentang kesan tidak dijangka apabila ditanya sama ada langkah spekulatif yang sebelum ini dipersalahkannya kerana kelemahan yen telah berkurangan.
Umum mengetahui bahawa kenyataan Suzuki dan Kanda telah diberitahu kepada pemberita di Rio de Janeiro sejurus selepas berlangsungnya mesyuarat pemimpin kewangan dari negara Group of Seven (G7) baru-baru ini.
Menurut Kanda lebih lanjut lagi, isu pasaran kewangan tidak ada dalam agenda G7 pada 24 Julai 2024, bagaimanapun perlu diketahui kami sebagai G7 sama sekali berhasrat untuk membincangkan topik tersebut secara rutin.
Menerusi pemerhatian, Yen meningkat lebih 1% pada Rabu semalam ke paras tertinggi sejak Mei 2024 apabila para pelabur membuka positions short-yen menjelang semakan dasar Bank of Japan (BoJ) minggu depan susulan daripada pembuat dasar yang dijangka membincangkan kenaikan kadar.
Lonjakan sesi kedua berturut-turut tersebut berbanding dolar AS pada dua hari lepas telah dirangsang oleh komen daripada ahli politik kanan Jepun tentang menormalkan dasar monetari yang menambah tekanan ke atas BoJ untuk meneruskan kenaikan kadar faedah bagi meningkatkan nilai mata wang.