Kerajaan UK semalam telah membuat satu keputusan yang sangat drastik untuk memotong sebanyak 2,100 pekerjaan di Pejabat Kabinet dengan alasan “mengubah struktur kerajaan”.
Operasi itu melibatkan hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kakitangannya yang menjadikannya antara rombakan terbesar dalam perkhidmatan awam setakat ini.
Sebanyak 1,200 jawatan akan dihapuskan melalui pemberhentian dan kekosongan yang tidak diisi manakala 900 lagi kakitangan akan dipindahkan ke jabatan lain.
Langkah ini seiring dengan visi Perdana Menteri Keir Starmer untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan pantas, dengan penghapusan quango dan penumpuan kepada perkhidmatan barisan hadapan.
Pegawai kerajaan berkata ini adalah demi memastikan “lebih ramai guru di dalam kelas, lebih banyak temujanji hospital, dan lebih ramai polis di jalanan.”
Namun begitu, kesatuan sekerja memberi amaran bahawa pemotongan sebegitu boleh menjejaskan operasi kerajaan.
Lebih digital, kurang meja.
Tapi mampukah pasukan yang dikecilkan ini benar-benar menyampaikan kerajaan yang lebih efisien?