Pelaksanaan tarif timbal balik Amerika termasuk ke atas Malaysia, membuatkan negara perlu melaksanakan langkah proaktif untuk mendepani ancaman tarif.
Terdapat tiga langkah yang boleh dilakukan dalam mendepani isu tarif.
Langkah pertama, Malaysia harus tingkatkan jumlah eksport ke Amerika Syarikat (AS) melibatkan produk elektrik dan elektronik.
Eksport Malaysia ke AS pada tahun lepas mencecah sekitar RM192 bilion dengan lebih separuhnya adalah dari eksport elektrik dan elektronik.
Situasi peningkatan eksport ini menjadikan barangan Malaysia ke AS lebih mahal dan mengurangkan kuasa beli pengguna di Amerika.
Seterusnya, Bank Negara Malaysia perlu memainkan peranan dalam penetapan polisi dengan mempertimbangkan untuk meningkatkan rizab emas.
Jumlah emas rizab yang kukuh, berperanan memberikan struktur sokongan lebih baik kepada ekonomi.
Akhir sekali, kerajaan perlu meningkatkan pengeluaran negara, dalam berperanan mengurangkan tekanan inflasi tiruan.
Ini perlu didorong oleh peningkatan produktiviti susulan pengeluaran yang ditingkatkan secara organik, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.
Secara konklusi, tiga langkah ini bukanlah penyelesaian kepada isu tarif, tetapi kaedah yang dilihat boleh mengurangkan tekanan terhadap ekonomi negara.