Syarikat kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Wayve Technologies Ltd dan disokong oleh SoftBank Group Corp telah memilih Jepun sebagai lokasi seterusnya dalam usaha pengembangan globalnya.
Pada Selasa, syarikat itu membuka pusat ujian di Yokohama sebagai pasaran keempat selepas UK, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman demi kerjasama membangunkan teknologi panduan autonomi berasaskan AI.
Ketua pegawai eksekutif Alex Kendall memaklumkan platform ini menawarkan pemanduan lebih selamat, boleh dipercayai dan berpotensi meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian serta kecekapan.
Alex turut mengatakan kebanyakan sistem masih beroperasi pada tahap 2 atau 3 autonomi memerlukan pemerhatian pengguna dan mengambil alih pemanduan sekiranya diperlukan.
Seterusnya, Wayve memperoleh rekod AS$1 billion (RM4.38 bilion) daripada Nvidia Corp, Uber Technologies Inc dan Microsoft Corp.
Pada awal April, Wayve menyatakan akan bergabung dengan Nissan Motor Co untuk membina sistem bantuan Propilotnya yang dijangka beroperasi kira-kira dua tahun.
Namun demikian, keputusan Wayve dan Nissan untuk menjalin kerjasama menimbulkan persoalan sesetengah pihak disebabkan pengeluar kereta itu mengalami krisis kewangan terburuk pada suku abad.
Pembuat kereta itu pula memilih inisiatif mencari rakan kongsi perniagaan baharu iaitu Honda Motor Co sebagai syarikat induk tunggal yang telah bermula dari bulan Februari.
Kelebihan sistem Wayve diperoleh daripada jumlah data terkumpul dan fakta bahawa sistemnya bebas perkakasan.