Selepas dua dekad menunggu, kerajaan negeri akhirnya menerima kenaikan geran per kapita dan bukan sikit, tapi 25%!
Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 pada Khamis bersetuju menaikkan geran per kapita kepada kerajaan negeri sebanyak 25%, melonjakkan jumlahnya daripada RM109 juta kepada RM548 juta.
Ini merupakan kenaikan pertama sejak 2002, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, dalam taklimat harian di Pejabat Perdana Menteri.
Secara keseluruhan, jumlah geran kerajaan persekutuan kepada negeri kini mencecah RM9.8 bilion untuk tahun 2025, berbanding RM9.3 bilion tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ini adalah langkah untuk memastikan kerajaan negeri mampu berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik.
Beliau menegaskan bahawa hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu terus utuh demi kesejahteraan rakyat selepas mempengerusikan mesyuarat tahunan Majlis Kewangan Negara hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Soalnya, cukup ke duit ni untuk tampung pembangunan negeri atau sekadar ‘tunggu next kenaikan 20 tahun lagi’?