Lima rakyat Malaysia kini menjadi buruan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selepas didakwa terlibat dalam skim penipuan saham bernilai sehingga RM950 juta!
Skandal ‘pump-and-dump’ ini didakwa menggoncang pasaran saham AS, di mana mereka dikatakan telah menaikkan harga saham secara palsu sebelum menjualnya untuk meraih keuntungan besar.
Tertuduh, Lim Xiang Jie, Ko Sen Chai, King Sung Wong, Siong Wee Vun, dan Kok Wah Wong bersama dua warga Taiwan didakwa telah memanipulasi saham China Liberal Education Holdings.
Skim ini turut melibatkan individu di China yang menyamar sebagai penasihat pelaburan AS untuk memperdaya pelabur membeli saham tersebut.
Wang hasil penipuan, sekitar $214 juta, telah disita oleh pihak berkuasa AS, manakala waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap kesemua suspek yang masih bebas.
Jika disabit bersalah, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun bagi setiap pertuduhan penipuan sekuriti dan 20 tahun bagi penipuan dalam talian.
Dengan jumlah sebesar ini, kes ini bukan sekadar jenayah biasa.
Adakah ia akan menguji hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika Syarikat?