Kemasukan tarikan Bitcoin ke bursa kripto Binance telah melonjak di tengah-trengah ketidakpastian mengenai tarif Presiden AS Donald Trump dan keputusan Indeks Harga Pengguna AS (CPI) yang akan datang.
Walau bagaimanapun, penganalisis berpendapat situasi tersebut menjadi petunjuk kepada kemungkinan penjualan dan tidak menolak kemungkinan berlakunya arah aliran menaik.
Penyumbang CryptoQuant, Maarten Regterschot menyatakan dalam satu catatan bahawa rizab Bitcoin di Binance telah meningkat sebanyak 22,106 token bernilai kira-kira $1.82 billion dalam tempoh dua minggu dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 590,874 token.
Katanya lagi, perkara ini menunjukkan peningkatan ketara dalam aliran masuk BTC ke Binance.
Kemungkinan besar pelabur sedang aktif memindahkan dana ke platform tersebut disebabkan ketidaktentuan makroekonomi serta menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang akan datang.
Dalam tempoh yang tidak menentu, para peniaga lazimnya memindahkan aset kripto mereka ke bursa bagi tujuan penjualan, yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan turun naik pasaran apabila keyakinan pelabur mula merosot.
Sementara itu, pasaran menantikan keputusan inflasi CPI untuk bulan Mac yang diramalkan menurun 2.5%. – Cointelegraph