Harga emas capai paras ketinggian terbaru hari ini setelah acara perasmian Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke 47 berlangsung sejak semalam.
Sepanjang dagangan sesi New York semalam, harga emas sekadar bergerak mendatar dalam julat perlahan dengan pelabur kekal berjaga-jaga dengan risiko pergerakan tak menentu yang boleh tercetus.
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan corak bullish berjaya dipertahankan.
Pada minggu lalu harga emas telah mencapai paras ketinggian 2724.00 sebelum sedikit berundur di penutup minggu.
Pada Isnin semalam pula, harga emas mendatar di atas zon 2700.00 sebelum kenaikan bermula pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan lonjakan mengatasi paras minggu lalu.
Di awal sesi Eropah, harga emas telah mendaki ke ketinggian baharu sekitar 2730.00 dengan jangkaan harga akan terus melanjutkan kenaikan lebih tinggi.
Sasaran untuk emas seterusnya jika cemerlang mengekalkan corak kenaikannya itu adalah mencapai paras 2770.00.
Jika situasi sebaliknya yang berlaku, harga emas yang berundur turun sehingga ke bawah paras 2700.00 akan menjadi amaran untuk perubahan trend bearish.
Penurunan harga akan kembali hampiri zon RBS (resistance become support) pada 2670.00 dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.